AGENDA

MB ucap tahniah tahun keempat pemerintahan Agong

31 Jan 2023, 5:02 AM
MB ucap tahniah tahun keempat pemerintahan Agong
MB ucap tahniah tahun keempat pemerintahan Agong

SHAH ALAM, 31 JAN: Dato' Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong sempena tahun keempat pemerintahan Baginda sebagai Agong ke-16.

Dato' Seri Amirudin Shari mendoakan semoga pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diberkati dan dirahmati Allah SWT.

"Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena ulang tahun keempat pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2023 bersamaan 9 Rejab 1444H.

"Sembah takzim daripada patik mewakili pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku," tulisnya di Facebook.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.