BERITA UTAMA

Tapak perkhemahan di Selangor wajib daftar dengan PBT mulai esok

31 Jan 2023, 4:58 AM
Tapak perkhemahan di Selangor wajib daftar dengan PBT mulai esok

SUBANG JAYA, 31 JAN: Bermula esok, semua pengusaha tapak perkhemahan di Selangor perlu berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjamin keselamatan pengunjung.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata keputusan itu dicapai menerusi bengkel penyediaan garis panduan pemutihan tapak perkhemahan bersama pelbagai agensi baru-baru ini.

Beliau menjelaskan syarat umum kelulusan diberi mengikut kesesuaian tapak perkhemahan dan syarat perlesenan yang wajib kepada pengusaha di tanah persendirian.

“Ketika ini, kita tidak letakkan tarikh akhir bagi pendaftaran, ia mungkin akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari berkata garis panduan berhubung ketetapan dan peraturan aktiviti perkhemahan akan dikuat kuasa untuk menjamin keselamatan nyawa.

Ia susulan kejadian tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada Disember lepas yang mengorbankan 31 nyawa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.