PBT

MPSepang anjur pertandingan kejiranan terbaik, hadiah sehingga RM5,000

31 Jan 2023, 3:30 AM

SHAH ALAM, 31 JAN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mempelawa persatuan penduduk dan komuniti taman perumahan menyertai pertandingan kejiranan terbaik bagi 2023.

Pertandingan yang boleh disertai sehingga 1 Julai itu menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM5,000 berserta trofi.

Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) hendaklah mencalonkan dua penyertaan di bawah zon masing-masing dengan melengkapkan borang yang disediakan.

Penyertaan hendaklah dihantar kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSepang atau hubungi Norita dan Dina di talian 03-8319 0200 (sambungan 395/250) untuk sebarang pertanyaan.

Penilaian berdasarkan kriteria seperti berdaftar dengan pertubuhan, tiada tunggakan cukai, keceriaan landskap, aktif berprogram dan mempunyai aktitivi meningkatkan ekonomi.