ad
ADN

Naik taraf prasarana, usaha elak bah berulang jadi keutamaan wakil rakyat Kota Kemuning

28 Jan 2023, 12:30 PM
Naik taraf prasarana, usaha elak bah berulang jadi keutamaan wakil rakyat Kota Kemuning
Naik taraf prasarana, usaha elak bah berulang jadi keutamaan wakil rakyat Kota Kemuning

SHAH ALAM, 28 JAN: Pembangunan prasarana termasuk usaha menangani isu banjir menjadi keutamaan Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning V Ganabatirau tahun ini.

Beliau berkata inisiatif itu diambil bagi memastikan tragedi banjir besar pada Disember 2021 yang menjejaskan ramai penduduk di kawasan berkenaan tidak berulang.

[caption id="attachment_526439" align="aligncenter" width="746"] EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi, V Ganabathirau bercakap kepada media ketika diwawancara Media Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam pada 20 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita fokuskan kepada program yang disusun pelbagai pihak antaranya Jabatan Pengairan dan Saliran supaya perancangan untuk tangani banjir dapat dipercepatkan.

“Pembangunan prasarana buat penduduk untuk tangani banjir adalah keutamaan bagi menjamin keselamatan jangka masa panjang berbanding pemberian bantuan bakul makanan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya turut memberi tumpuan kepada isu kutipan sampah, penurapan jalan raya, baik pulih padang dan taman permainan.

Oktober tahun lalu, Ganabatirau memaklumkan kerja baik pulih ban di beberapa titik panas banjir di Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning selesai dilaksana melalui peruntukan Kerajaan Selangor.

Jelasnya, kerja naik taraf membabitkan Kampung Bukit Lanchong, Lanchong Jaya, Alam Megah, Kampung Baru Hicom dan Taman Sri Muda diharap mengurangkan limpahan air ketika hujan lebat.

Katanya lagi, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengambil langkah proaktif membersihkan beberapa longkang di kawasan ini termasuk membina longkang dan dinding konkrit yang menelan belanja RM28 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.