ad
AGENDA

Tujuh jalan terputus hubungan susulan banjir di Sabah

25 Jan 2023, 3:16 PM
Tujuh jalan terputus hubungan susulan banjir di Sabah

KOTA KINABALU, 25 JAN: Sebanyak tujuh jalan di tiga daerah di negeri ini terputus hubungan dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan akibat banjir, malam ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan tiga jalan adalah di Kudat iaitu Jalan Pinawantai, Jalan Kampung Pengaraban dan Jalan Indrasan.

Tiga lagi adalah di Pitas membabitkan Jalan Liu Malibang, Jalan Kabatasan dan Jalan Kanibongan manakala Jalan Teringai di Kota Marudu.

“Banjir berlaku akibat hujan lebat berterusan, Pelan Pengurusan Trafik telah dipasang di jalan terlibat dan pemantauan berterusan sedang dilakukan ketika ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut JKR Sabah, Jalan Nangoh-Paitan-Kanibongan di Beluran hanya boleh dilalui satu lorong akibat banjir.

Di Kudat, Jalan Sebayan terputus hubungan akibat tanah runtuh manakala kejadian cerun runtuh dikesan di Jalan Radtak Induon namun jalan itu masih boleh dilalui dengan pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati.

JKR Sabah sebelum ini dilaporkan memaklumkan lima jalan di Kudat terputus hubungan iaitu Jalan Abdul Rahim, Jalan Sebayan, Jalan Datu, Jalan Bak Bak dan Jalan Lo Thein Chok.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.