AGENDA

Suhaimi Sulaiman dilantik ketua pengarah penyiaran baharu

19 Jan 2023, 2:46 PM
Suhaimi Sulaiman dilantik ketua pengarah penyiaran baharu

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah kepada personaliti penyiaran Suhaimi Sulaiman atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu.

Menerusi catatan di Facebooknya, Fahmi berkata Suhaimi mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran serta pernah berkhidmat di Kumpulan Media Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan Media Prima.

“Insya-Allah dengan kepakaran beliau akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu buat Jabatan Penyiaran Malaysia,” menurut catatan itu.

Suhaimi, 61, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam bidang penyiaran dan kewartawanan termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Astro Awani pada 2017 dan Pengerusi Bernama pada 2020.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.