AGENDA

PM umum pengecualian tol selama dua hari sempena Tahun Baharu Cina

18 Jan 2023, 6:03 AM
PM umum pengecualian tol selama dua hari sempena Tahun Baharu Cina

PUTRAJAYA, 18 JAN: Pengecualian bayaran tol akan diberikan kepada pengguna lebuh raya seluruh negara melibatkan semua kelas kenderaan pada 20 dan 21 Januari sempena sambutan Tahun Baharu Cina, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata pengecualian bayaran tol selama dua hari itu akan melibatkan peruntukan RM40 juta.

“Berita baik, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan (sudah) adakan perbincangan dengan syarikat pengendali lebuh raya bagi ditiadakan (bayaran) tol pada 20 dan 21 Jan ini.

“Ini bagi memudahkan rakyat bukan hanya berbangsa Cina tetapi juga Melayu dan India untuk pulang bercuti,” kata beliau pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Masyarakat Cina di negara ini akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada 22 dan 23 Januari ini.

Anwar turut menitipkan pesanan agar mereka yang pulang bercuti supaya berhati-hati dan mematuhi semua peraturan jalan raya yang ditetapkan. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.