ad
AGENDA

Bagasi berisi bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya Plus

17 Jan 2023, 10:47 AM
Bagasi berisi bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya Plus

KUALA LUMPUR, 17 JAN: Sebuah bagasi hitam yang mengandungi beberapa bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur Rawang Selatan di sini, pagi tadi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa'aton Abu Bakar berkata beg berkenaan ditemukan orang awam pada kira-kira 11.30 pagi.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemukan beberapa bahagian badan (bahu ke pinggang) yang dikerat tanpa bahagian kepala dan kedua-dua tangan dalam bagasi itu.

“Identiti mangsa belum dikenal pasti dan anggota badan berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata setakat ini polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.