AGENDA

Pemuda dilapor hilang dua hari lepas ditemui lemas

16 Jan 2023, 4:50 AM
Pemuda dilapor hilang dua hari lepas ditemui lemas

KUANTAN, 16 JAN: Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak dua hari lepas di sungai berhampiran Masjid Lama Kampung Batu Bor, Bera ditemukan lemas pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Faizal Akmal Fikri Mohd Fauzi, 19, ditemukan pada 10.44 pagi oleh Unit Anjing Pengesan (K9) bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

"Mangsa ditemukan terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan Faizal Akmal Fikri yang beralamat di Kampung Bukit Lada, Temerloh, dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berkenaan pada Sabtu.

Mangsa dikatakan ke sungai itu menunggang motosikal berseorangan dan barangan peribadinya turut ditemukan di lokasi kejadian.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.