AGENDA

PM harap sambutan Hari Ponggal beri kesejahteraan kepada komuniti Tamil

15 Jan 2023, 4:12 AM
PM harap sambutan Hari Ponggal beri kesejahteraan kepada komuniti Tamil

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia yang meraikan sambutan itu hari ini.

Menerusi catatan dalam Facebooknya, Anwar berharap perayaan itu dapat memberi kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan yang lebih sempurna kepada semua.

“Masyarakat Tamil meraikan perayaan Ponggal sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang bertambah.

“Selainnya, hari besar penganut Hindu ini turut menjadi simbol dan pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama dan mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baharu,” katanya menerusi perkongsian itu.

Masyarakat Tamil menyambut ketibaan pesta menuai Ponggal pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil yang dikenali sebagai Thai dan sambutan itu ialah satu perayaan penting khususnya bagi masyarakat petani. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.