ad
AGENDA

43 individu berteduh di PPS susulan banjir kilat di Hulu Terengganu

12 Jan 2023, 3:33 PM
43 individu berteduh di PPS susulan banjir kilat di Hulu Terengganu

KUALA TERENGGANU, 12 JAN: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 43 mangsa banjir kilat di Hulu Terengganu, malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan PPS Balai Raya Kampung Hulu Kemat itu menempatkan 15 keluarga setakat 10 malam.

Penduduk berkenaan dipindahkan susulan kediaman mereka dinaiki air secara mengejut sejak 6 petang tadi. - BERNAMA