AGENDA

HARAPAN Selangor sedia bincang dengan BN, teliti bentuk kerjasama

11 Jan 2023, 8:14 AM
HARAPAN Selangor sedia bincang dengan BN, teliti bentuk kerjasama

SHAH ALAM, 11 JAN: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor sedia berbincang dengan Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat untuk membuat persiapan pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusinya Dato’ Sri Amirudin Shari mahu menyelesaikan perkara itu pada peringkat HARAPAN Selangor terlebih dahulu termasuk meneliti beberapa kemungkinan.

"Biar saya selesaikan dulu mandat dalam kalangan HARAPAN. Secara asasnya, saya tahu tiada tentangan cuma kita perlu lihat formulanya.

"Paling cepat, pada akhir bulan ini kita akan tentukan bentuk kerjasama. Menjelang Februari dan seterusnya kita perlu bersedia menghadapi PRN," katanya yang juga Dato' Menteri Besar ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mengakui ada perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin BN, Amirudin menjangka pengumuman berkaitan perkara tersebut dibuat pada minggu ini atau minggu depan.

“Ia perbincangan yang positif. Saya harap ia akan mewakili sentimen seperti kerajaan persekutuan,” kata ahli parlimen Gombak itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.