ad
ADN

Wakil rakyat Pandan Indah agih 100 bakul makanan, anjur sesi dialog dengar isu penduduk

9 Jan 2023, 3:23 AM
Wakil rakyat Pandan Indah agih 100 bakul makanan, anjur sesi dialog dengar isu penduduk
Wakil rakyat Pandan Indah agih 100 bakul makanan, anjur sesi dialog dengar isu penduduk

SHAH ALAM, 9 JAN: Wakil rakyat Pandan Indah mengagihkan bakul makanan kepada 100 penduduk di Kampung Perwira Jaya, Ampang Jaya petang semalam.

Ir Izham Hashim berkata bakul makanan berisi keperluan dapur antaranya beras, gula, tepung dan sardin bernilai RM50 bagi meringkan beban penduduk.

“Agihan bakul makanan diberikan kepada penduduk ini sentiasa dilakukan dan diharap bantuan ini dapat meringankan beban mereka,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_559844" align="aligncenter" width="742"] Penduduk berpeluang menyuarakan masalah dan aduan kepada Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Ir Izham Hashim ketika sesi dialog sempena program serahan bakul makanan di Kampung Perwira Jaya, Ampang Jaya pada 8 Januari 2023. Foto Facebook Ir Izham Hashim[/caption]

Dalam program sama, beliau turut mendengar permasalahan penduduk termasuklah isu status tanah gerai sementara, gelanggang futsal, saliran tersumbat dan jalan rosak menerusi sesi dialog.

“Kawasan di sini agak unik kerana sebahagiannya terletak dalam Kuala Lumpur dan jadi isu-isu prasarana perlu penglibatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Insya-Allah saya akan mengambil langkah segera bagi mengatasi beberapa isu yang telah dibangkitkan dalam sesi dialog ini,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.