ad
AGENDA

Harga RON97, RON95, Diesel kekal hingga 11 Januari

4 Jan 2023, 10:51 AM
Harga RON97, RON95, Diesel kekal hingga 11 Januari

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 5 hingga 11 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga runcit bagi kedua-dua produk itu telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Harga runcit petrol RON97 pula diturunkan selaras dengan pergerakan harga pasaran semasa," menurut kenyataan itu.

Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.