AGENSI

PKNS serah zakat niaga RM2 juta, agih RM350,000 baiki rumah asnaf

28 Dis 2022, 7:45 AM
PKNS serah zakat niaga RM2 juta, agih RM350,000 baiki rumah asnaf

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 DIS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membayar zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut agensi itu, bayaran diserahkan Ketua Pegawai Strategiknya Idris Ishak kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini pada program Zakat On Street Sabtu lalu.

"PKNS juga menerima bayaran wakalah agihan berjumlah RM787,500 pada malam tersebut," katanya menerusi Facebook.

Mohd Sabirin ketika dihubungi berkata pada program tersebut seramai enam asnaf dari daerah Petaling menerima bantuan LZS dengan berjumlah keseluruhan RM39,680.

"Manakala RM350,000 daripada RM787,500 wakalah agihan PKNS digunakan untuk baik pulih 10 rumah asnaf miskin dan bantuan kepada asnaf gharimin (orang berhutang)," katanya.