AGENDA

Menteri: Usahawan terjejas bencana boleh mohon tangguh bayaran balik pinjaman

25 Dis 2022, 1:14 PM
Menteri: Usahawan terjejas bencana boleh mohon tangguh bayaran balik pinjaman

KOTA KINABALU, 25 DIS: Usahawan yang terjejas akibat bencana di seluruh negara boleh memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman seperti Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia sehingga tempoh enam bulan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata penangguhan pinjaman agensi di bawah kementeriannya itu adalah langkah penting bagi membantu usahawan terbabit memulihkan kembali perniagaan mereka yang terjejas.

“Peminjam ini yang terjejas akibat banjir, nyawa mesti diselamatkan keperluan segera seperti makanan, sanitasi dan sebagainya itu perlu dan bagi kementerian ini, kami tangguhkan bayaran balik pinjaman supaya mereka juga boleh uruskan hal berkaitan bencana.

“Menjadi dasar kementerian, untuk membantu usahawan terlibat antaranya dengan menangguhkan bayaran balik pinjaman ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Krismas kementerian itu di sini hari ini.

Ewon berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi akan mewujudkan tabung bencana tidak lama lagi bagi membantu koperasi yang terjejas akibat bencana itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.