AGENDA

Mayat lelaki ditemukan, tujuh lagi mangsa masih dicari

21 Dis 2022, 4:12 AM
Mayat lelaki ditemukan, tujuh lagi mangsa masih dicari

SHAH ALAM, 21 DIS: Mayat seorang lelaki dewasa ditemukan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm jam 11.16 pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor memaklumkan mayat ke-26 itu ditemui di sektor B pencarian.

"Pencarian masih berjalan atas pencarian tujuh mangsa yang tidak ditemui lagi," maklum pasukan itu di Facebook.

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan tersebut pada Jumaat lalu menyaksikan 61 orang selamat, 25 terkorban dan baki tujuh lagi masih hilang.

Berdasarkan data Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), seramai 29 daripada keseluruhan 94 mangsa adalah kanak-kanak.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.