AGENDA

Polis Selangor tawar diskaun 50 peratus saman trafik pada 20 dan 21 Disember

15 Dis 2022, 4:37 AM
Polis Selangor tawar diskaun 50 peratus saman trafik pada 20 dan 21 Disember

SHAH ALAM, 15 DIS: Polis Selangor menawarkan diskaun 50 peratus bagi saman melibatkan kesalahan lalu lintas pada 20 dan 21 Disember ini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor menerusi kenyataan memaklumkan pembayaran boleh dilakukan di semua kaunter trafik seluruh negeri dari jam 8 pagi sehingga 4 petang.

"Bagaimanapun, pengurangan tidak diberikan kepada saman kemalangan, saman tidak boleh kompaun (NC), berstatus Op Selamat dan bicara mahkamah.

"Selain itu berkaitan kenderaan berat, memotong secara berbahaya, potong Q, guna lorong kecemasan, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong garisan berkembar dan ubahsuai ekzos," kata kenyataan itu seperti dilaporkan sinarharian.com.my.

Difahamkan, transaksi dalam talian tidak disediakan bagi tawaran pengurangan berkenaan dan orang awam yang berminat boleh membuat pembayaran dan semakan di kaunter trafik secara fizikal di seluruh Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.