AGENDA

Harga runcit petrol RON97 turun 20 sen, RON95 dan diesel kekal

14 Dis 2022, 2:05 PM
Harga runcit petrol RON97 turun 20 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Harga runcit petrol RON97 turun 20 sen kepada RM3.55 seliter berbanding RM3.75 seliter manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah bagi tempoh bermula esok hingga 21 Dis ini.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Menurutnya, harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebhi 10 sen seliter berbanding had harga siling yang ditetapkan.

Kementerian itu memaklumkan harga produk petroleum secara mingguan ditentukan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.