AGENSI

LZS bantu selesai tunggakan bil hospital RM14,866, manfaat 277 pesakit

13 Dis 2022, 8:39 AM
LZS bantu selesai tunggakan bil hospital RM14,866, manfaat 277 pesakit

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM, 13 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu menjelaskan bayaran tunggakan bil bagi pesakit Islam di Hospital Tanjong Karang berjumlah RM14,866.

Menurut agensi tersebut di Facebook, jumlah tunggakan berkenaan melibatkan seramai 277 pesakit yang tertunggak dari 2016 hingga 2022.

“Zakat Selangor bukan sahaja fokus kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf tetapi kami turut membantu orang awam yang tidak mampu menampung kos perubatan.

“Pada masa sama, kami turut melakukan ziarah kepada pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang serta memberikan sedikit sumbangan kepada mereka,” maklumnya hari ini.

LZS turut mendoakan agar seluruh umat Islam khususnya di Selangor terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.