ad
AGENDA

Sungai tiga kawasan di Selangor berada paras amaran

11 Dis 2022, 12:51 PM
Sungai tiga kawasan di Selangor berada paras amaran

SHAH ALAM, 11 DIS: Sebanyak tiga stesen sungai di Selangor kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berada pada paras amaran setakat jam 8 malam tadi.

Maklumat di https://publicinfobanjir.water.gov.my/ menunjukkan stesen Sungai Buloh di Sri Aman merekodkan bacaan 7.38 meter (paras normal 5.00 meter), stesen Sungai Binjai di Pekan Meru mencatat 4.04 meter (2.80 meter) manakala stesen P/A Pandamaran di Klang pada 2.03 meter (1.20 meter).

Selain itu, tujuh kawasan pula berada paras waspada iaitu stesen Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, stesen Sungai Selangor di Rantau Panjang dan stesen Sungai Kandis di Kampung Jawa.

Lokasi lain ialah stesen Sungai Rasau di Tugu Keris, stesen Sungai Klang di Bandar Klang, stesen Sungai Langat di Batu 12 Hulu Langat dan stesen Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi.

Hari ini JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di Selangor melibatkan daerah Sepang, Petaling dan Klang sekiranya hujan lebat berterusan dalam tempoh 24 jam.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.