BERITA UTAMA

Pengiktirafan dari singgahsana, hargai jasa bakti

10 Dis 2022, 2:41 AM
Pengiktirafan dari singgahsana, hargai jasa bakti

Setiap tahun, sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyaksikan individu berjasa dan berbakti dikurniakan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri.

Pengurniaan hak prerogatif Baginda selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor dan lazimnya diberi kepada individu dalam pentadbiran, profesional atau ahli politik.

Sebahagian kurniaan itu membawa gelaran tertentu kepada penerima. Namun, persetujuan Dewan Negeri Selangor perlu jika melibatkan darjah, bintang dan pingat yang melibatkan perbelanjaan hasil negeri.

Enam darjah kebesaran paling kanan di Selangor disenarai sempena Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-77.

Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.)

■ darjah kelas pertama di Selangor

■ darjah kebesaran tertinggi dizahir

pada 1961

■ dikurnia kepada kerabat diraja Malaysia

■ atau raja negara lain sebagai tanda

hormat, persahabatan

■ maksimum 25 orang keseluruhan

keahlian

■ terdiri seutas kalung, lencana kalung,

bintang darjah, selempang dan lencana

selempang

Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K. II)

■ darjah kebesaran dan pengurniaan

kedua tertinggi di Selangor

■ dizahir pada 1977

■ dikurnia kepada kerabat diraja Malaysia

■ tanda penghormatan kepada putera raja

negara asing

■ penyandang jawatan tinggi yang

berjasa kepada Baginda/negeri layak

dipertimbang

■ terdiri seutas kalung, lencana kalung,

bintang darjah, selempang dan lencana

selempang

Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.)

■ darjah kelas pertama dizahir pada 1961

■ kuota ahli: dua orang pada satu masa,

maksimum 40 orang

■ ahli lelaki membawa gelaran

Dato' Seri dan Datin Paduka Seri bagi

ahli wanita

■ isteri ahli lelaki berhak guna gelaran

Datin Seri

Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)

■ darjah kebesaran kelas pertama dizahir

pada 2002

■ kuota ahli: dua orang pada satu masa,

maksimum 40 orang

■ ahli lelaki membawa gelaran Dato' Setia

■ ahli wanita menggunakan gelaran Datin

Paduka Setia

■ isteri ahli lelaki diberi gelaran

Datin Setia

Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)

■ darjah kelas kedua dizahir pada 1961

■ kelayakan penerima sama dengan

penerima pingat S.P.M.S

■ kuota ahli: tidak lebih 20 orang pada

satu masa, maksimum 600 orang

■ penerima membawa gelaran Dato' bagi

lelaki, Datin Paduka bagi wanita

■ isteri ahli lelaki menggunakan

gelaran Datin

Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)

■ darjah kelas kedua dizahir pada 2002

■ sama taraf dengan D.P.M.S

■ kuota ahli: tidak lebih 20 orang pada

satu masa, maksimum 600 orang

■ ahli lelaki berhak guna gelaran Dato',

ahli wanita guna gelaran Datin Paduka

■ isteri penerima ahli lelaki berhak guna

gelaran Datin

Sumber: Laman sesawang rasmi darjah kebesaran Selangor Darul Ehsan awards.selangor.gov.my/index.php