AGENDA

MB sasar 8,000 pelajar Unisel, UIS terima tajaan yuran negeri

6 Dis 2022, 8:25 AM
MB sasar 8,000 pelajar Unisel, UIS terima tajaan yuran negeri

SHAH ALAM,6 DIS: Kerajaan Negeri menyasar 8,000 pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) menerima bantuan yuran tahun ini.

Dato' Menteri Besar berkata inisiatif menerusi Program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) dengan peruntukan RM4 juta memanfaatan kurang 3,000 pelajar setakat ini.

"Saya semak dan dapati masih ada beberapa kelewatan tatacara. Selepas ini kita akan menyerahkan kepada pihak universiti untuk memantau dan audit akan dibuat.

"Kita mahu semakin ramai memperoleh BAYU, sekali gus menarik mahasiswa dan pelajar baharu untuk menyertai dan mendaftar dengan Unisel dan UIS," katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2023 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin turut memuji kedua-dua universiti berkenaan yang masih mampu menerima kemasukan pelajar luar meski ketika penularan pandemik Covid-19.

"Beberapa universiti terkemuka yang namanya gah (pula) merosot (kemasukan) kerana tiada kehadiran pelajar luar terutamanya," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.