AGENDA

Amaran hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu mulai 7 Disember

5 Dis 2022, 9:03 AM
Amaran hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu mulai 7 Disember

KUALA LUMPUR, 5 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di dua negeri bermula 7 hingga 9 Dis.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan diramalkan berlaku di Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.