ad
AGENDA

DYTM Raja Muda Selangor berkenan rasmi Padang Bola Sintetik Seksyen 28

4 Dis 2022, 3:02 PM
DYTM Raja Muda Selangor berkenan rasmi Padang Bola Sintetik Seksyen 28
DYTM Raja Muda Selangor berkenan rasmi Padang Bola Sintetik Seksyen 28
DYTM Raja Muda Selangor berkenan rasmi Padang Bola Sintetik Seksyen 28

SHAH ALAM, 4 DIS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan merasmikan Padang Bola Sintetik Seksyen 28 di sini sempena Karnival Sekolah Bola Sepak Selangor FC 2022, semalam.

Keberangkatan tiba Tengku Amir Shah disambut EXCO Sukan Mohd Khairudin Othman dan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan.

Baginda turut menyerahkan cenderamata penghargaan kepada penaja dan rakan rasmi Sekolah Bola Sepak Selangor FC.

[caption id="attachment_553703" align="aligncenter" width="724"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan merasmikan Padang Sintetik Seksyen 28, Shah Alam sempena Karnival Sekolah Bola Sepak Selangor FC pada 3 Disember 2022. Foto Facebook Selangor FC[/caption]

Projek menaik taraf padang bola berkenaan merupakan inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi meningkatkan kualiti kemudahan sukan dan rekreasi untuk komuniti setempat.

"Padang bola ini dibina mengikut kualiti padang sintetik yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)," maklum pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

[caption id="attachment_553704" align="aligncenter" width="757"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bergambar bersama peserta Karnival Sekolah Bola Sepak Selangor FC di Padang Sintetik Seksyen 28, Shah Alam pada 3 Disember 2022. Foto Facebook Selangor FC[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.