AGENDA

Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 11 malam

2 Dis 2022, 1:09 PM
Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 11 malam

SHAH ALAM, 2 DIS: Seluruh daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan lebat sehingga jam 11 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.