ad
AGENSI

15 rumah di Kuala Langat dinaiki air, Sungai Langat lepasi tahap bahaya

2 Dis 2022, 12:58 PM
15 rumah di Kuala Langat dinaiki air, Sungai Langat lepasi tahap bahaya

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 2 DIS: Kira-kira 15 rumah di Jalan Emas Kiri dan Jalan Perak Kiri, Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat dinaiki air setinggi 0.3 meter petang tadi.

Pusat Operasi Smart Selangor (SSOC) memaklumkan kejadian jam 4.30 petang itu berpunca daripada limpahan Sungai Langat yang kini melepasi tahap bahaya dengan ketinggian 4.46 meter.

Bagaimanapun, setakat jam 6 petang tadi tiada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Peningkatan aras Sungai Langat disebabkan hujan lebat di bahagian hulu dan sekitar secara berterusan," maklum SSOC.

Pada 20 November, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan yang meramalkan kemungkinan banjir di lima daerah di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.