AGENSI

PPAS cadang wakil rakyat sedia bas bawa penduduk ke pesta buku

2 Dis 2022, 7:49 AM
PPAS cadang wakil rakyat sedia bas bawa penduduk ke pesta buku

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 2 DIS : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) mencadangkan Ahli Dewan Negeri (ADN) menyediakan bas membawa penduduk berminat datang ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022.

Pengarahnya Datin Paduka Mastura Muhamad berkata PPAS juga menyarankan mereka menyumbang RM2,000 untuk membeli baucar sebagai galakan kepada rakyat untuk membeli buku.

"Setakat ini kita telah menerima reaksi balas yang baik daripada beberapa ADN," katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen MBSA semalam.

Pesta Buku Antarabangsa Selangor tahun ini melibatkan wakil industri buku dari lapan negara luar iaitu United Kingdom, Turki, North Macedonia, Korea Selatan, Egypt, Indonesia, China dan Singapura.

Mereka terlibat dalam Program Felo Antarabangsa dan pameran buku.

Sementara itu, lebih 100 pempamer tempatan turut terlibat dalam pameran diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.