AGENDA

Mangsa banjir Selangor, Perak meningkat, 368 berlindung di empat PPS

30 Nov 2022, 2:29 AM
Mangsa banjir Selangor, Perak meningkat, 368 berlindung di empat PPS
Mangsa banjir Selangor, Perak meningkat, 368 berlindung di empat PPS

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 30 NOV: Jumlah mangsa banjir kembali meningkat dengan 368 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebook memaklumkan mangsa banjir di Selangor membabitkan seramai 104 orang daripada 29 keluarga.

Kesemua mereka ditempatkan di dua PPS yang beroperasi di Sepang sejak semalam.

Di Perak mangsa banjir sedikit bertambah dengan seramai 264 orang daripada 76 keluarga yang berada di dua PPS berbanding 216 orang petang semalam..

Dalam pada itu, Sungai Bernam di Hulu Selangor mencatatkan paras bahaya selain Sungai Langat dan Sungai Selangor berada pada paras waspada.

Semalam, kira-kira 103 penduduk di dua buah kampung di Sepang dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air akibat ban pecah susulan hujan lebat.

[caption id="attachment_552718" align="aligncenter" width="721"] Keadaan banjir kilat akibat ban pecah di Kampung Ampar Tenang, Dengkil pada 29 November 2022. Foto Twitter JBPM Selangor[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.