AGENDA

10 sekeluarga terperangkap dalam insiden kepala air di Batang Kali

29 Nov 2022, 12:10 AM
10 sekeluarga terperangkap dalam insiden kepala air di Batang Kali

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Seramai 10 sekeluarga termasuk enam kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam insiden kepala air di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali dekat sini petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis, ketika dihubungi malam ini, berkata kesemua mangsa yang berusia lingkungan enam hingga 63 tahun itu diselamatkan pada 8.21 malam selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.36 petang.

Beliau berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan itu.

Semua mangsa berasal dari Sungai Buloh.

Katanya sebarang perkembangan baharu mengenai insiden itu akan dimaklum dari semasa ke semasa.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.