AGENDA

Sungai dua kawasan di Selangor lepasi paras bahaya

27 Nov 2022, 3:04 PM
Sungai dua kawasan di Selangor lepasi paras bahaya

SHAH ALAM, 27 NOV: Dua sungai di Selangor direkod melebihi paras bahaya manakala satu berada di paras amaran setakat jam 10 malam tadi.

Berdasarkan maklumat https://publicinfobanjir.water.gov.my/Sungai Semenyih di Pekan Bangi Lama menunjukkan bacaan 16.91 meter melepasi paras normal 13.70 meter.

Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang pula merekodkan bacaan 11.08 meter melepasi paras normal 7.40 meter.

Sungai dalam kategori amaran pula ialah Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam yang berada pada paras 2.22 mter (paras normal 1.00 meter).

Data juga menunjukkan lima sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Kandis di Kampung Jawa (4.24 meter) Sungai Klang di bandar Klang (2.42 meter), Sungai Bernam di Kampung Selisek, Hulu Selangor (26.14 meter), Sungai Langat di Dengkil, Sepang (6.51 meter) dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat (3.35 meter).

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.