ad
AGENDA

Rizab semasa negeri RM3.29 bilion setakat 24 November

25 Nov 2022, 9:43 AM
Rizab semasa negeri RM3.29 bilion setakat 24 November

SHAH ALAM, 25 NOV: Selangor merekodkan rizab semasa RM3.29 bilion melalui Akaun Hasil dan Akaun Amanah disatukan hasil perbelanjaan berhemah setakat 24 November lalu.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan prestasi kewangan negeri turut merekodkan lebihan RM261.24 juta dalam tempoh sama.

"Jika dibandingkan dengan angka-angka kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang dilaporkan dalam penyata kewangan beraudit pada 2018 hingga 2021, jelas menunjukkan momentum pengukuhan.

"(Ia dicapai) walaupun ketika kita berdepan tempoh sukar akibat ketidaktentuan ekonomi dan wabak

pandemik Covid-19 pada 2020 dan 2021," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.

Amirudin berkata kutipan hasil negeri bagi 2021 sebanyak RM2.284 bilion menerusi hasil cukai (RM627.1 juta), hasil bukan cukai (RM1.43 juta) dan terimaan bukan hasil (RM219.89 juta).

Menurutnya, hasil negeri untuk tahun ini pula mencapai kutipan RM2.3 juta, bersamaan 112.42 peratus daripada anggaran hasil sebanyak RM2.05 bilion, setakat semalam.

"Daripada jumlah tersebut, hasil cukai merekod kutipan RM684.36 juta, hasil bukan cukai (RM1.39 juta) dan terimaan bukan hasil (RM228.52 juta)," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.