ad
AGENDA

HARAPAN Hulu Selangor sedia enam ambulans bawa pesakit buang undi

18 Nov 2022, 1:40 AM
HARAPAN Hulu Selangor sedia enam ambulans bawa pesakit buang undi

Oleh DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 18 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor akan menyediakan enam ambulans bagi membawa pesakit Parlimen itu keluar mengundi esok.

Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata kemudahan itu khas untuk pesakit terlantar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali.

“Kita turut sediakan satu kerusi roda untuk 51 jentera daerah mengundi dan kita yakin kemudahan disediakan dorong rakyat keluar jalankan tanggungjawab mengundi.

“Malah kita turut sediakan 100 kenderaan bagi mudahkan rakyat terutama yang tidak memiliki kenderaan dapat keluar mengundi," katanya selepas sesi bersama media di Antara Gapi di sini semalam.

Tambah Dr Sathia, jentera parti juga diminta menyediakan kemudahan logistik memandangkan mereka lebih mengenali kawasan masing-masing.

Selain itu, pihaknya turut menyediakan payung dan baju hujan selain khemah bersaiz 10x10 di kawasan ‘pondok panas’ untuk pengundi dan jentera menghadapi kemungkinan hujan pada hari pengundian.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.