AGENDA

MBI agih makanan dan minuman, set lapik tidur ke enam pusat pemindahan

17 Nov 2022, 9:53 AM
MBI agih makanan dan minuman, set lapik tidur ke enam pusat pemindahan

SHAH ALAM, 17 NOV: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menghulur bantuan awal kepada mangsa banjir di enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya berkata semua PPS itu dibuka hari ini iaitu di Dewan Camelia Heights, Masjid Putra Heights, Balai MPKK Kampung Jalan Kebun, Dewan Masjid Kampung Johan Setia, Dewan Gemilang Dengkil dan Dewan Orang Ramai Dengkil.

"MBI membekalkan air mineral, biskut, mi segera, roti dan set lapik tidur. MBI akan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk selaraskan agihan," kata Ahmad Azri Zainal Nor menerusi kenyataan.

Terdahulu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebook memaklumkan seramai 1,255 (338 keluarga) mangsa banjir di Selangor ditempatkan di PPS setakat 12 tengah hari tadi.

Tujuh daerah terjejas ialah Sabak Bernam, Klang, Kuala Selangor, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.