ad
AGENDA

Calon HARAPAN Shah Alam mahu usulkan skim lindungi penghantar e-panggilan

12 Nov 2022, 3:00 PM
Calon HARAPAN Shah Alam mahu usulkan skim lindungi penghantar e-panggilan
Calon HARAPAN Shah Alam mahu usulkan skim lindungi penghantar e-panggilan

SHAH ALAM, 12 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Shah Alam mahu penghantar e-panggilan dilindungi skim insurans berikutan pekerjaan itu terdedah kepada risiko.

Menegaskan ia antara yang akan dibangkitkannya dalam parlimen jika menang kerusi berkenaan, Azli Yusof berkata ramai antara mereka tiada kesedaran untuk membuat caruman itu.

"Bagi mereka yang ada kesedaran untuk carum sendiri itu bagus tetapi tidak ramai. Sebab itu, saya rasa ia wajib ada.

[caption id="attachment_549116" align="alignleft" width="328"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam Azli Yusof ditemu bual Media Selangor di Seksyen 19, Shah Alam pada 10 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Ini yang akan saya usulkan di parlimen sekiranya diberi mandat nanti," katanya selepas melakukan ziarah di rumah pangsa Seksyen 7 di sini pada 10 November.

Selain itu, Azli juga bercadang untuk mewujudkan hab e-bisnes bagi menggalakkan anak muda memperkembang peniagaan sedia ada.

"Mereka yang berminat dengan perniagaan dalam talian boleh berkumpul di satu tempat bagi berkongsi idea atau pengalaman masing-masing.

"Mereka mungkin hanya berniaga di rumah tetapi sekarang kita mahu mereka duduk di situ dalam tempoh dua atau tiga jam sekali gus merangsang ekonomi," katanya

Azli bakal bersaing dengan Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional), Isham Jalil (Barisan Nasional) dan Rafique Rashid (Pejuang) untuk kerusi berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.