AGENDA

Calon tinjau jalan berlubang, letak kon elak kemalangan

12 Nov 2022, 11:47 AM
Calon tinjau jalan berlubang, letak kon elak kemalangan

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 12 NOV: Di sebalik kesibukan berkempen, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Klang bergegas meninjau lokasi kemalangan motosikal di Lebuhraya Pelabuhan Utara tengah malam tadi.

V Ganabatirau bersama wakil rakyat Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri melihat sendiri laluan rosak dan berlubang di lebuh raya itu yang dikatakan menjadi punca kemalangan.

Dalam video dikongsi di Facebook Azmizam, mereka berdua turut membantu meletakkan kon keselamatan di laluan tersebut bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Saya dan YB Ganabatirau kesal dengan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab tetapi tidak menyelenggara laluan itu dengan baik," katanya.

Azmizam memaklumkan pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya untuk mengambil tindakan dan meminta jalan raya bermasalah segera dibaiki demi keselamatan pengguna.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.