ad
AGENSI

Pencawang TNB musnah dihempap bongkah batu

11 Nov 2022, 8:09 AM
Pencawang TNB musnah dihempap bongkah batu

SHAH ALAM, 11 NOV: Sebuah stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) musnah selepas dihempap bongkah batu di sebuah ladang ternakan ayam dekat Kampung Raja Musa, Bestari Jaya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.11 pagi hari ini, lapor Berita Harian.

"Ia mengakibatkan kerosakan pada bangunan terbabit dengan anggaran kemusnahan 80 peratus namun tidak membabitkan mangsa," kata Norazam Khamis.

Norazam berkata, pihaknya turut mengarahkan pemilik ladang untuk memindahkan pekerjanya ke lokasi lain.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.