AGENDA

Banjir di Klang, tiga pusat pemindahan dibuka

10 Nov 2022, 2:53 PM
Banjir di Klang, tiga pusat pemindahan dibuka

SHAH ALAM, 10 NOV: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johan Setia, Meru serta Kampung Budiman, Klang, setakat jam 9 malam ini.

Menerusi data yang dikongsikan Pusat Operasi Smart Selangor (SSOC), tiga PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, SK Sungai Binjai dan Dewan Orang Ramai Kampung Budiman, lapor portal Berita Harian.

"Setakat ini, PPS SK Johan Setia menempatkan 147 mangsa daripada 32 keluarga, manakala jumlah mangsa di dua lagi PPS masih dalam bancian.

"SSOC akan terus memantau dan membuat tindakan susulan. SSOC akan menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa," katanya.

Petang tadi, beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.