ad
AGENDA

Tingkat ekonomi petani, bantu asnaf antara 10 tawaran HARAPAN Sungai Besar

9 Nov 2022, 8:09 AM
Tingkat ekonomi petani, bantu asnaf antara 10 tawaran HARAPAN Sungai Besar
Tingkat ekonomi petani, bantu asnaf antara 10 tawaran HARAPAN Sungai Besar

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 9 NOV: Usaha meningkatkan taraf ekonomi dan kebajikan nelayan serta petani antara tumpuan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) jika dipilih sebagai ahli parlimen Sungai Besar.

Saipolyazan M Yusop berkata tawaran itu hasil tinjauan dan pertemuan bersama warga tani ketika program turun padang bagi memastikan kehidupan mereka lebih baik dan terjamin.

"Saya telah melawat perkampungan nelayan dan mereka bimbang pendapatan sering terjejas apabila berlaku ribut kerana ada sampan yang rosak. Pesawah juga bimbang hasil tuaian berkurangan memberi kesan kehidupan mereka," katanya ditemui di Sekinchan, Sabak Bernam semalam.

[caption id="attachment_548381" align="aligncenter" width="733"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Besar Saipolyazan M Yusop bertemu peniaga Pasar Awam Sekinchan, Sabak Bernam pada 8 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Menurutnya, aspek berkenaan sebahagian daripada 10 tawaran untuk membantu pengundi Parlimen Sungai Besar yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, Saipolyazan akan memanfaat sepenuhnya pengalaman ketika menerajui Lembaga Zakat Selangor untuk membantu asnaf dan mereka yang memerlukan.

"Saya juga berhasrat meningkatkan industri kecil dan sederhana (IKS) penduduk di sini dan merancakkan aktiviti pelancongan," katanya lagi.

Beliau berdepan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos (Barisan Nasional) dalam saingan empat penjuru pada pilihan raya kali ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.