AGENDA

Khidmat LRT laluan Kelana Jaya alami masalah sistem pandu automatik

7 Nov 2022, 2:40 PM
Khidmat LRT laluan Kelana Jaya alami masalah sistem pandu automatik

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang mengalami masalah sistem pemanduan automatik berhampiran stesen LRT KLCC.

Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali kepada perkhidmatan LRT, Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel dalam kenyataan malam ini memaklumkan masalah yang bermula pada 8.39 malam itu menyebabkan perkhidmatan tergendala di antara Stesen Kelana Jaya dengan Stesen KLCC.

"Jurutera kami sedang berusaha mengenal pasti masalah ini. Bagi mendapatkan status perkhidmatan terkini, sila ikuti media sosial Rapid KL," menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.