AGENDA

Hujan lebat, ribut petir diramal landa beberapa negeri hingga 10 malam esok

23 Okt 2022, 12:56 PM
Hujan lebat, ribut petir diramal landa beberapa negeri hingga 10 malam esok

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak serta Labuan hari ini hingga 10 malam esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia, yang dikeluarkan pada 6.35 petang ini, kawasan di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Kawasan di Sarawak pula ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri serta Limbang. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.