ad
AGENDA

53 mangsa banjir di Melaka ditempatkan ke pusat pemindahan sementara

23 Okt 2022, 2:29 AM
53 mangsa banjir di Melaka ditempatkan ke pusat pemindahan sementara

MELAKA, 23 OKT: Sebanyak 53 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, Alor Gajah susulan banjir melanda beberapa tempat di kawasan berkenaan malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata PPS yang dibuka pada 11 malam tadi menempatkan mangsa banjir dari empat kampung.

"Ia membabitkan Kampung Gadek, Kampung Punggur, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.