ad
AGENDA

Mangsa banjir di Melaka berkurang kepada 16 orang

31 Okt 2022, 3:23 AM
Mangsa banjir di Melaka berkurang kepada 16 orang

MELAKA, 31 OKT: Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurang kepada 16 orang daripada lima keluarga pada 8 pagi ini berbanding 17 orang melibatkan enam keluarga setakat 4 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa banjir berkenaan melibatkan penduduk di daerah Alor Gajah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Belimbing.

Kenyataan itu memaklumkan mangsa terlibat merupakan penduduk dari Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.