AGENDA

PRU15: SPR tetapkan 14 hari kempen, hari mengundi 19 November

20 Okt 2022, 4:22 AM
PRU15: SPR tetapkan 14 hari kempen, hari mengundi 19 November

PUTRAJAYA, 20 OKT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.

Pelaksanaan pilihan raya itu akan melibatkan peringkat Parlimen di seluruh negara dan negeri yang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu  Perak, Pahang dan Perlis.

Turut diadakan serentak adalah pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya berkenaan di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Oktober bagi memberi laluan kepada PRU15 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.