ad
AGENDA

Rizab negeri cecah RM3.4 bilion, naik 10 kali ganda sejak 2008

16 Okt 2022, 1:05 AM
Rizab negeri cecah RM3.4 bilion, naik 10 kali ganda sejak 2008

SABAK BERNAM, 16 OKT: Rizab simpanan negeri sebanyak RM3.4 bilion ketika ini meningkat hampir 10 kali ganda berbanding nilai ketika mula memegang tampuk pentadbiran.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebelum 2008, Selangor memiliki kira-kira RM400 juta simpanan namun terus berkembang meskipun mengeluarkan sejumlah kos tahunan bagi menyokong kehidupan rakyat.

“Sejak 2008, antara RM300 juta hingga RM500 juta dibelanjakan setiap tahun. Kalau kita tidak gunakan, mungkin rizab kita lebih besar tapi itu bukan kegembiraan kita.

“Wang banyak tetapi tak ada bantuan dan sokongan untuk rakyat. Jadi pada 2019 kita baiki program sedia ada menerusi Iltizam Selangor Penyayang untuk pemerkasaan, pemberdayaan serta tingkatkan keupayaan,” katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Selangor Penyayang daerah Sabak Bernam semalam.

Amirudin berkata dengan program berkenaan, masyarakat dapat keluar dari lingkaran masalah kesihatan, pendidikan, perumahan, pendapatan dan kewangan.

Pada September, beliau berkata negeri merekodkan rizab simpanan berjumlah lebih RM3.4 bilion pada Ogos, tertinggi sejak 2012.

Katanya, jumlah itu meningkat RM1.3 bilion berbanding hanya RM2.1 bilion ketika beliau mula mengetuai barisan kepemimpinan pentadbiran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.