AGENSI

Mesej tular arah jangan keluar undi palsu, cubaan kelirukan rakyat

14 Okt 2022, 11:34 AM
Mesej tular arah jangan keluar undi palsu, cubaan kelirukan rakyat
Mesej tular arah jangan keluar undi palsu, cubaan kelirukan rakyat

SHAH ALAM, 14 OKT: Dato' Menteri Besar hari ini mengesahkan mesej yang tular mengenai gesaan supaya rakyat Selangor tidak keluar mengundi pada tarikh ditetapkan adalah palsu.

"Telah tular dakwaan bahawa saya mengarahkan agar rakyat Selangor tidak keluar mengundi. Dakwaan ini adalah PALSU.

"Tindakan itu adalah dakyah serta permainan jahat pihak yang mahu mengelirukan rakyat Selangor," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Beliau turut menyertakan kenyataan tepat berhubung perkembangan terbaharu di negeri itu selepas sesi menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.