ad
AGENDA

Raja Muda berkenan serah geran niaga 30 usahawan OKU

13 Okt 2022, 2:56 AM
Raja Muda berkenan serah geran niaga 30 usahawan OKU
Raja Muda berkenan serah geran niaga 30 usahawan OKU

SHAH ALAM, 13 OKT: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan geran perniagaan kepada  30 usahawan orang kurang upaya (OKU).

Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan majlis penyerahan geran kepada peserta program liga usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO) anjuran Selangor Youth Community (SAY) itu berlangsung di Sunway Resort Hotel, kelmarin.

Geran tersebut bertujuan membantu usahawan OKU mengembangkan perniagaan dalam sektor fesyen dan jahitan, makanan serta peruncitan.

Sementara itu, SAY di Facebook berkata program tersebut turut dihadiri Pengarah Urusan Yayasan Hasanah Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Encik Zuhaimi Omar, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia Mohd Faiz Shuhaimi dan Ketua Pegawai Eksekutif SAY Puan Nurul Azwa Mohd Rodzi.

[caption id="attachment_544231" align="aligncenter" width="500"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar kenangan selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Perniagaan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam program liga usahawan OKU Malaysia anjuran Selangor Youth Community (SAY) di Sunway Resort Hotel pada 11 Oktober 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.