AGENDA

Anwar: Tiba masa HARAPAN tadbir semula negara dari kerakusan perompak

11 Okt 2022, 2:48 AM
Anwar: Tiba masa HARAPAN tadbir semula negara dari kerakusan perompak

OLEH NUR AISHAH MOHD AMIN

SHAH ALAM, 11 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiba masa Pakatan Harapan (HARAPAN) merampas semula negara daripada kerakusan perompak dan penindas yang mengayakan keluarga serta kroni.

Menurut ketua pembangkang, gabungan itu juga bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi dan berdepan gerombolan yang mencurangi mandat rakyat pada 2018.

"Kami juga bersedia untuk memungkinkan sebuah masa depan yang mampan, makmur serta sebuah pemerintah yang benar-benar prihatin dan punyai sikap belas kepada nasib dan kebajikan rakyat," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Pada 5 Oktober, Majlis Presiden HARAPAN memutuskan tiga negeri tadbirannya iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubar Dewan Undangan Negeri jika PRU15 diadakan tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.