ad
AGENSI

Kumpulan nasyid, pendakwah selebriti meriahkan Selangor Gema Insan

3 Okt 2022, 10:20 AM
Kumpulan nasyid, pendakwah selebriti meriahkan Selangor Gema Insan
Kumpulan nasyid, pendakwah selebriti meriahkan Selangor Gema Insan

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM, 3 OKT: Kumpulan nasyid popular Raihan, Hijjaz dan Rabbani bakal menghiburkan orang ramai di Selangor Gema Insan 2022 pada 14 dan 15 Oktober ini.

Program yang bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam mulai jam 6 petang hingga 12 tengah malam turut menampilkan pendakwah selebriti iaitu Ustaz Haslin Bollywood, Dr Izhar Ariff dan PU Hafiz.

Karnival anjuran EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor itu juga menyediakan aktiviti menarik termasuk forum perdana serta pertandingan qasidah dan nasyid.

Turut menjayakan program ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) dan Majlis Sukan Negeri Selangor.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.