ad
AGENSI

Permohonan bantuan pendidikan LZS sehingga RM2,500 dibuka hari ini

3 Okt 2022, 4:47 AM
Permohonan bantuan pendidikan LZS sehingga RM2,500 dibuka hari ini
Permohonan bantuan pendidikan LZS sehingga RM2,500 dibuka hari ini

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 3 OKT: Permohonan bantuan pendidikan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dibuka mulai hari ini sehingga 3 Disember.

Menerusi Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS), pemohon bagi sekolah rendah dan menengah bakal menerima RM200 seorang manakala IPT sebanyak RM700 hingga RM2,500.

“Ia terbuka kepada warganegara Malaysia beragama Islam, lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga tahun.

“Pendapatan seisi rumah pemohon juga hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan bagi penentuan sebagai asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000," menurut agensi itu dalam kenyataan hari ini.

Permohonan bantuan SPZAS boleh dibuat menerusi pautan www.zakatselangor.com.my/spzas dan sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 1-300-88-4343.

Sebelum ini, LZS memperuntukkan RM20 juta bawah asnaf fisabilillah untuk bantuan pendidikan menerusi SPZAS khusus bagi meringankan beban golongan B40 dan M40.

Agensi itu memaklumkan golongan asnaf fakir, miskin dan mualaf yang menerima tajaan pendidikan daripada LZS tidak layak memohon bantuan terbabit.

“Mereka boleh merujuk ke cawangan LZS yang berhampiran atau penolong amil kariah bagi memohon bantuan pendidikan sekiranya memerlukan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.